Agong, Raja Permaisuri ucap Selamat Hari Malaysia

Agong, Raja Permaisuri ucap Selamat Hari Malaysia

Ucapan Selamat Hari Malaysia daripada Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah - FACEBOOK RASMI SULTAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan Selamat Hari Malaysia buat seluruh rakyat.

Seri Paduka Baginda turut mendoakan Malaysia terus dilindungi, diberkati dan dikurniakan kemakmuran yang berkekalan.

“Toleransi dan hormat-menghormati sesama kita tanpa mengira agama serta bangsa, menjadi tunjang perpaduan negara selama ini,” titah Yang di-Pertuan Agong menerusi media sosial hari ini.

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun bagi memperingati pembentukan Malaysia.

Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2024 akan diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah, malam ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN