Agong berkenan terima mengadap Perdana Menteri China

Agong berkenan terima mengadap Perdana Menteri China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Perdana Menteri China, Li Qiang di Great Hall of The People, Beijing, hari ini.

Menurut Facebook Sultan Ibrahim, pertemuan itu bersempena lawatan negara Seri Paduka Baginda selama empat hari bermula semalam ke negara Tembok Besar itu.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berangkat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital pada pukul 4.00 petang, semalam.

Lawatan Yang di-Pertuan Agong adalah atas jemputan Presiden China, Xi Jinping selain amat signifikan dalam catatan sejarah hubungan diplomatik Malaysia-China yang mencecah usia 50 tahun.

Lawatan Sultan Ibrahim ke China merupakan lawatan pertama selepas menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada 31 Januari lalu.

Pada lawatan tersebut, Seri Paduka Baginda turut dijadual menamakan semula Kursi Pengajian Melayu di Beijing Foreign Studies University bersempena nama Sultan Ibrahim sebagai penghormatan kepada baginda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya