Agong berkenan sempurna majlis penamaan Kursi Pengajian Melayu di Universiti Beijing 

Agong berkenan sempurna majlis penamaan Kursi Pengajian Melayu di Universiti Beijing 

SULTAN Ibrahim (tengah) ketika berangkat ke majlis santapan bersama diaspora Malaysia di Republik Rakyat China, hari ini. Foto - OFFICIALSULTANIBRAHIM.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berangkat ke Majlis Santapan bersama diaspora Malaysia di China, hari ini.

Menerusi perkongsian di Facebook rasmi baginda, majlis itu berlangsung di China World Summit Wing Hotel, Beijing terdiri daripada 300 rakyat Malaysia daripada warga kedutaan Malaysia di China, siswazah serta pemastautin.

Turut mengiringi Seri Paduka Baginda, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.

Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong disambut Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin dan Duta Besar Malaysia ke China, Datuk Norman Muhamad.

Turut hadir, Menteri Pengangkutan merangkap Menteri Pengiring, Anthony Loke; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming serta Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Dr. Azlinda Azman.

Pada majlis itu, Sultan Ibrahim berkenan menyempurnakan majlis penamaan Kursi Pengajian Melayu di Beijing Foreign Studies University (BFSU) sebagai ‘Kursi Pengajian Melayu Sultan Ibrahim’.

Penamaan itu bersempena ulang tahun ke-50 hubung diplomatik Malaysia dan China.

BFSU merupakan universiti pertama menawarkan kursus bahasa Melayu di China pada tahun 1962, dengan mendiang Profesor Wu Zongyu sebagai perintis.

Kursi Pengajian Melayu Sultan Ibrahim di BFSU adalah Kursi Akademik keempat yang ditubuhkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), di samping Kursi Pengajian Melayu di negara lain.

Antaranya, Universiti Ohio di Amerika Syarikat (AS), Leiden University Belanda, Universiti Victoria New Zealand dan Hankuk University of Foreign Studies di Korea Selatan.

Seri Paduka Baginda berangkat ke China bagi memulakan lawatan negara selama empat bermula Khamis.

Lawatan negara Seri Paduka Baginda mencatatkan sejarah penting dalam perhubungan diplomatik Malaysia-China yang memasuki 50 tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya