Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam, aspirasi baharu KSN

Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam, aspirasi baharu KSN

SHAMSUL AZRI ABU BAKAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA:  Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar memilih ‘Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam’ sebagai aspirasi, dasar dan hala tuju bagi memacu perkhidmatan awam.

Menurutnya, aspirasi itu akan menumpukan kepada lima Bidang Keberhasilan Reformasi (BKR) selain diperkukuhkan dengan 20 strategi utama.

“Lima BKR itu termasuk Penghayatan Nilai dan Tatakelola; Pembangunan Modal Insan; Pembangunan Organisasi; Penyampaian Perkhidmatan dan Memperkasakan Sinergi Awam dan Swasta.

“Sebahagian besar BKR itu adalah bersifat ‘low hanging fruits’ (sesuatu yang mudah dilakukan) dan ada juga yang memerlukan pelaksanaan dalam tempoh jangka masa sederhana dan panjang,” katanya ketika menyampaikan amanat pada Majlis Aspirasi Kepimpinan KSN di sini, hari ini.

Shamsul Azri berkata, beliau mengingatkan penjawat awam supaya elak perangkap seperti menipu, tidak menghormati masa dan perkauman kerana ia sikap yang bukan sahaja mencemarkan imej perkhidmatan, tetapi menghakis kepercayaan rakyat.

Katanya, perkhidmatan awam yang berkesan memerlukan kerjasama, keadilan, dan tanggungjawab, seperti mana umat Islam yang sebenar yang wajib baginya menunjukkan akhlak yang tinggi. 

“Dalam usaha reformasi perkhidmatan awam, kita juga harus mengutamakan kualiti berbanding kuantiti, serta keberhasilan daripada sekadar memenuhi keperluan prosedur.

“Program-program peningkatan perkhidmatan awam mestilah berdasarkan keperluan sebenar rakyat, bukan hanya memenuhi tuntutan kosmetik atau luaran,” katanya.

Katanya, dalam melaksanakan tugas, setiap penjawat awam perlu menghindari jalan pintas yang hanya memberikan kemenangan segera tetapi tidak bertahan lama. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya