Abang Michael Jackson, Tito Jackson meninggal dunia - Utusan Malaysia

Abang Michael Jackson, Tito Jackson meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUNICH: Anggota kumpulan Jackson 5 yang juga abang kepada mendiang Michael Jackson, Tito Jackson meninggal dunia pada usia 70 tahun, semalam.

Khabar duka itu disahkan ketiga-tiga anaknya, Taj, Taryll dan TJ menerusi Instagram, baru-baru ini.

“Kami terkejut, kecewa dan sedih.

“Bapa kami merupakan lelaki yang hebat yang prihatin terhadap orang lain.

“Mendiang akan selamanya dirindui,” tulis mereka dalam kenyataan.

Punca kematian penyanyi itu sehingga kini masih belum disahkan.

Mendiang berada di Munich untuk membuat persembahan bersama anggota Jackson 5 yang lain antaranya Jackie, Jermaine dan Marlon.

Jackson 5 ditubuhkan pada tahun 1964 dengan Tito berperanan sebagai pemain gitar dan penyanyi latar.

Tito, beberapa hari sebelum kematiannya, sempat menziarahi memorial Michael di Munich.

“Kami bersyukur kerana adanya tempat istimewa yang memberi penghormatan buat memori dan legasi Michael.

“Terima kasih kerana terus menghidupkan semangatnya,” tulisnya dalam media sosial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya