'Abang Bas'  pamer murid sekolah di media sosial direman lima hari

‘Abang Bas’  pamer murid sekolah di media sosial direman lima hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHR: Pemandu bas yang memuat naik rakaman video pelajar sekolah rendah perempuan dengan meletakkan kapsyen ‘crush’ dan ‘kesayangan’, direman lima hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Batu Pahat, Suhaila Safi’uddin yang membolehkan pemandu bas berusia 24 tahun itu direman sehingga Selasa ini, bagi membantu siasatan.

Pemandu bas itu mendapatkan khidmat peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Batu Pahat.

Terdahulu, lelaki itu ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang pada pukul 2.57 pagi bagi menjalankan siasatan berhubung penularan rakaman video memaparkan kanak-kanak dalam sebuah bas.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, siasatan terperinci sedang dijalankan dan polis mengalu-alukan kerjasama daripada ibu bapa kanak-kanak yang terdapat dalam rakaman video itu supaya tampil bagi membantu siasatan.

Tular di aplikasi TikTok seorang pemandu bas sekolah lelaki yang menggelar seorang pelajar sekolah rendah perempuan di tempat duduk hadapan bas sebagai orang yang disukainya atau ‘crush’ dan ‘kesayangan’.

Hantaran itu mendapat pelbagai reaksi termasuk kecaman golongan ibu bapa yang berpendapat hantaran seperti itu tidak sesuai dan boleh dianggap sebagai gangguan seksual terhadap kanak-kanak.

Pemilik akaun yang menggunakan nama ‘Abang Bas’ mempunyai lebih 600,000 pengikut memuat naik video ketika memandu bas sekolah, dengan wajah pelajar sekolah rendah jelas kelihatan di belakangnya.

Tindakan merakam foto atau video kanak-kanak tanpa kebenaran ibu bapa melanggar hak serta privasi mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN