800 pelajar Sabah, Labuan sertai Malaysia Techlympics

800 pelajar Sabah, Labuan sertai Malaysia Techlympics

PELAJAR yang mengambil bahagian dalam Program Malaysia Techlympics di UMS, Kota Kinabalu di Sabah semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pembudayaan sains, teknologi dan inovasi (STI) di luar bilik darjah menerusi program Malaysia Techlympics dilihat mampu memupuk minat pelajar dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, penganjuran program yang berjaya menarik 800 penyertaan dari Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan itu akan membantu memupuk minat pelajar di peringkat sekolah dalam bidang STI.

Menurutnya, penganjuran Malaysia Techlympics peringkat zon Sabah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) semalam adalah pelaksanaan kedua selepas zon Pantai Timur pada 7 dan 8 Ogos lalu.

“Penganjuran tahun ini menyaksikan hampir 800 peserta dari Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan berkumpul bersama-sama untuk bersaing bagi melayakkan diri ke peringkat akhir kebangsaan pada November depan di Putrajaya.

“Penganjuran Malaysia Techlympics diteruskan sebagai satu inisiatif konsisten kementerian untuk membudayakan STI dalam kehidupan rakyat khususnya murid, pelajar serta belia.

“Kementerian amat komited dalam pelaksanaan inisiatif-inisiatif untuk memupuk minat pelajar dan belia terhadap STI menerusi program Malaysia Techlympics,” katanya dalam majlis penutupan Malaysia Techlympics 2024 peringkat zon Sabah, semalam.

Mohammad Yusof berkata, penganjuran Malaysia Techlympics bermula Julai hingga November tahun ini di seluruh negara melalui penganjuran secara fizikal dan dalam talian bagi meningkatkan penyertaan dan capaian masyarakat setempat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN