800 pelajar Sabah, Labuan sertai Malaysia Techlympics

800 pelajar Sabah, Labuan sertai Malaysia Techlympics

SEBAHAGIAN murid yang mengambil bahagian dalam Malaysia Techlympics di Universiti Malaysia Sabah (UMS), hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pembudayaan sains, teknologi dan inovasi (STI) di luar bilik darjah menerusi program Malaysia Techlympics dilihat mampu memupuk minat pelajar dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, penganjuran program yang berjaya menarik 800 penyertaan dari Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan itu akan membantu memupuk minat pelajar di peringkat sekolah dalam bidang STI.

Menurutnya, penganjuran Malaysia Techlympics peringkat zon Sabah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) hari ini adalah pelaksanaan kedua selepas zon Pantai Timur pada 7 dan 8 Ogos lalu. 

“Penganjuran tahun ini menyaksikan hampir 800 peserta dari Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan berkumpul bersama-sama untuk bersaing bagi melayakkan diri ke peringkat akhir kebangsaan pada November depan di Putrajaya. 

“Penganjuran Malaysia Techlympics diteruskan sebagai satu inisiatif konsisten kementerian untuk membudayakan STI dalam kehidupan rakyat khususnya murid, pelajar serta belia.

“Kementerian amat komited dalam pelaksanaan inisiatif-inisiatif untuk memupuk minat pelajar dan belia terhadap STI menerusi program Malaysia Techlympics,” katanya semasa majlis  penutupan Malaysia Techlympics 2024 peringkat zon Sabah, hari ini.

Mohammad Yusof berkata, penganjuran Malaysia Techlympics bermula Julai hingga November tahun ini di seluruh negara melalui penganjuran secara fizikal dan dalam talian bagi meningkatkan penyertaan dan capaian masyarakat setempat. 

Malaysia Techlympics seterusnya akan dilaksanakan di peringkat zon utara, zon tengah, zon selatan dan zon Sarawak. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Malaysia Techlympics, boleh layari laman web rasmi www.mytechlympics.com. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya