763 terima darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan. 763 terima darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan.

763 terima darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan.

NAZRAN Muhammad (tengah) menunjukkan buku senarai penerima darjah kebesaran sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V ke-55 di Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan, hari ini - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seramai 763 individu menerima darjah kebesaran, pingat dan surat kepujian sempena hari keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V yang ke-55 esok.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Nazran Muhammad berkata, daripada jumlah penerima, tiga bakal dilantik sebagai Jaksa Pendamai.

Menurutnya, istiadat pengurniaan darjah kebesaran akan berlangsung esok dengan sesi pertama dijadualkan bermula pukul 8 pagi di Istana Balai Besar, di sini.

“Sultan Muhammad V telah mengampun perkenan mengurniakan darjah-darjah kebesaran, bintang-bintang dan surat pujian kepada seramai 763 penerima mengikut sebagaimana yang telah ditentukan.

“Serta melantik seramai tiga orang menjadi Jaksa Pendamai sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Muhammad V yang ke-55 tahun 2024,” katanya kepada pemberita semasa sidang media di Istana Balai Besar, di sini hari ini.

Nazran memberitahu, lebih 100 individu akan menerima pengurniaan darjah kebesaran pada sesi pertama l, manakala sesi seterusnya akan dimaklumkan kelak.

“Beberapa acara turut disediakan untuk orang ramai sempena perayaan ulang tahun keputeraan Sultan Muhammad V antaranya Majlis Taman, pesta air, pesta flora dan Kelantan Mountain Bike Challenge 2024 (XCO).

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan istiadat pengurniaan kali ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN