740 keterangan diambil siasatan berkait GISBH - Utusan Malaysia

740 keterangan diambil siasatan berkait GISBH

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Polis merekodkan sebanyak 740 percakapan bagi membantu siasatan membabitkan serbuan rumah amal yang dikaitkan dengan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, tindaka ITU diambil menerusi Op Global yang dilaksanakan bagi fasa pertama dan kedua. 

“Daripada jumlah rakaman percakapan yang direkodkan, 30 adalah rakaman percakapan pengadu, saksi (216), mangsa (392) dan suspek (102).

“Jumlah kumulatif kertas siasatan yang telah dibuka bagi Fasa 1 dan 2 adalah sebanyak 33 kertas siasatan,” katanya di sini.

Mengulas mengenai perkembangan Op Global, Razarudin berkata, siasatan kini berada di fasa kedua bermula pada 11 September selepas fasa pertama dimulakan 2 September lalu.

Katanya, sebanyak 10 kertas siasatan dibuka pada Fasa 1 iaitu masing-masing enam di Selangor dan Negeri Sembilan (4), manakala Fasa 2 melibatkan 23 kertas siasatan iaitu 16 di Selangor, Negeri Sembilan (2), Perlis (1) dan Kuala Lumpur (1). 

Semalam, Razarudin memberitahu, seramai 149 orang mangsa kanak-kanak berumur satu hingga 10 tahun telah diberikan perintah jagaan sementara yang diselia oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di bawah Seksyen 25(2) Akta Kanak

kanak 2001.

Beliau berkata, mangsa ini dan telah dipindahkan ke empat pusat perlindungan

Baki 243 kanak-kanak masih lagi ditempatkan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur dan akan dipindahkan ke pusat jagaan sementara secara berperingkat.

Selain itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membekukan 96 akaun melibatkan GISBH bernilai RM581,552.31 mengikut Seksyen 44(1) AMLATFPUAA 2021 selain empat akaun telah ditutup. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN