71,290 calon lepasan STPM, setaraf ditawar masuk universiti awam

71,290 calon lepasan STPM, setaraf ditawar masuk universiti awam

SEJUMLAH 71,290 calon  lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf ditawarkan tempat bagi melanjutkan pengajian ke universiti awam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sejumlah 71,290 calon  lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan setaraf ditawarkan tempat bagi melanjutkan pengajian ke universiti awam.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan, jumlah itu meliputi 77.47 peratus calon daripada keseluruhan 105,424 permohonan yang layak menerusi UPUonline untuk calon lepasan STPM dan setaraf iaitu Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), matrikulasi, asasi dan diploma.

“Secara keseluruhannya, sebanyak 1,114 program pengajian sarjana muda ditawarkan bagi sesi kali ini.

“Kemasukan pelajar ke institusi-institusi tersebut dibuat berasaskan prinsip meritokrasi dengan menyusun semua calon yang layak mengikut markah merit tertinggi hingga terendah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

KPT berkata, bagi calon-calon yang tidak mendapat tawaran tempat pengajian, pihak kementerian kini membuka saluran peluang kedua melalui proses rayuan di UPUOnline®️ dalam tempoh 10 hari.

Katanya, tempoh itu bermula hari ini pada pukul 12.00 tengah hari sehingga 15 September depan pada pukul  5.00 petang.

“KPT mengucapkan penghargaan kepada semua calon yang mengemukakan permohonan melanjutkan pengajian ke universiti awam menerusi UPUOnline®️.

“Pihak Kementerian mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon yang berjaya dan semoga peluang menyambung pengajian di peringkat pendidikan tinggi digunakan sebaiknya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN