567 penumpang terkandas hampir lima jam, feri tersangkut beting pasir - Utusan Malaysia

567 penumpang terkandas hampir lima jam, feri tersangkut beting pasir

FERI yang membawa 567 penumpang tersangkut di beting pasir pada kedudukan 0.5 batu nautika dari Terminal Feri Kuala Perlis. - IHSAN PEMBACA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kira-kira 567 penumpang yang berlepas dari Kuala Perlis ke Langkawi menaiki feri Ekspres Bahagia 168 terkandas di beting pasir terletak kira-kira 0.5 batu nautika dari Terminal Feri Kuala Perlis, hari ini.

Pengurus Besar Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Kapten Baharin Baharom berkata, kerja-kerja memindahkan penumpang sedang diusahakan dengan bantuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di lokasi.

“Ia melibatkan feri pukul 2.30 petang dari Kuala Perlis menuju ke Langkawi yang membawa 567 penumpang. Feri berkenaan tersangkut di beting pasir terletak kira-kira 0.5 batu nautika dari Kuala Perlis.

“Ia berlaku setelah feri tersebut ditiup angin kencang ke beting pasir itu. Kini kerja-kerja memindahkan penumpang ke terminal sedang cuba dilakukan ketika ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bagaimanapun ujar Baharin, proses memindahkan penumpang mengalami kesukaran ekoran keadaan laut yang cetek dan buritan kapal tersangkut di beting berkenaan.

“Kita masih berusaha untuk memindahkan penumpang dan menunggu sehingga air pasang lewat petang ini bagi memudahkan operasi ini,” katanya.

Difahamkan, air laut dijangka kembali pasang kira-kira pukul 8 malam ini bagi membolehkan feri tersebut kembali berlayar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya