53 mangsa dipindahkan akibat banjir di Kubang Pasu - Utusan Malaysia

53 mangsa dipindahkan akibat banjir di Kubang Pasu

DUA anggota APM mengukur paras semasa air di salah sebuah kampung yang dilanda banjir di Kubang Pasu. - IHSAN APM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Seramai 53 penduduk daripada 15 keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Malau, di sini apabila rumah mereka dilanda banjir, malam tadi.

Antara lokasi yang terjejas adalah Kampung Padang Panjang, Kampung Sampang dan Kampung Lubuk Ipoh yang terletak dalam Mukim Malau.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd. Adenin Suhaimi berkata, PPS tersebut mula dibuka sejak pukul 9.16 malam setelah penduduk diarahkan berpindah dari rumah masing-masing.

“Anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) di lapangan masih membuat pemantauan ketika ini dan berada dalam mod bersedia terhadap sebarang kemungkinan,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu memaklumkan, dua jalan negeri di kawasan itu turut dinaiki air sehingga terpaksa ditutup kecuali hanya boleh dilalui kenderaan berat.

Antara jalan yang terjejas adalah Jalan Jitra/ Bukit Wang dan Jalan Kampung Kelubi/ Kampung Lahar/ Kampung Tanjung. Dua jalan alternatif dicadangkan iaitu Jalan Kampung Bata/ Kota Giam dan Jalan Jitra/ Kelubi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN