PUTRAJAYA: Sejumlah 156 pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan 50,000 penyertaan disasarkan untuk aktiviti gotong-royong selama 12 jam dalam program pembesihan berskala mega yang akan diadakan di seluruh negara Sabtu ini. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia bersempena sambutan Hari Cuci Malaysia berpusat di Pasar Seni, Kuala Lumpur bermula pukul 8 pagi hingga 8 malam. Katanya, program berkenaan yang bersekali dengan World Cleanup Day 2024 itu berkonsepkan gotong-royong melibatkan kerja-kerja pembersihan kawasan, pembersihan dan penutupan tapak sampah haram, kempen kitar semula dan kempen hindar plastik sekali guna.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya