500 graduan sertai PROTEGE-RTW, tingkat potensi kebolehpasaran

500 graduan sertai PROTEGE-RTW, tingkat potensi kebolehpasaran

Mohd. Faizal (tiga kanan) bersama graduan yang menyertai program PROTEGW-RTW baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JINJU, KOREA SELATAN- Lebih 500 graduan termasuk 300 yang sedang dalam latihan menyertai program Professional Training and Education for Growing Enterprenuers – Ready to Work (PROTEGE-RTW) anjuran Kemalak sejak diperkenalkan pada tahun lalu.

Untuk rekod, program PROTEGE-RTW merupakan salah satu obligasi kontrak bersama Korea Aerospace Industry (KAI) dalam membekalkan pesawat pejuang ringan FA-50M Block 20 kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Dalam konteks ini, melalui kontrak bersama KAI, Kemalak diberi kepercayaan untuk melatih graduan Malaysia bagi meningkatkan potensi kebolehpasaran kumpulan berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Kemalak Marine Sdn. Bhd. , Lt Kdr(B) Mohd. Faizal Ab. Aziz berkata, PROTEGE-RTW merupakan program yang menggabungkan beberapa inisiatif bagi meningkatkan potensi kebolehpasaran graduan.

Katanya, program itu juga menawarkan inisiatif
kemahiran keusahawanan kepada peserta, seterusnya membantu mengurangkan peratusan graduan menganggur.

“Penyertaan graduan amat menggalakkan dan ini merupakan satu daripada usaha dilakukan bagi membolehkan seseorang graduan memiliki pekerjaan daripada menganggur.

“Kira-kira RM40 juta peruntukan telah disediakan bagi program ini bagi tempoh lima tahun. Setiap peserta akan menjalani Protege RTW dalam tempoh lapan hingga 12 bulan.” katanya ketika ditemui di KAI di sini.

Terdahulu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengadakan lawatan rasmi ke KAI bagi meninjau perkembangan progres pesawat FA-50M milik TUDM yang dijangka dihantar ke Malaysia bermula 2026.

Mengulas lanjut, Mohd. Faizal berkata, sebanyak tiga pengambilan telah dilaksanakan sejak Ogos tahun lalu dengan pengambilan ketiga sedang berlangsung sejak Julai lalu.

“Kami melengkapkan semua peserta dengan Latihan Kemahiran Insaniah (LKI) yang melibatkan tujuh modul wajib yang disediakan oleh tenaga professional daripada Kemalak.

“Kami juga menyediakan platform terbaik untuk para lepasan graduan yang merupakan bakal pemimpin masa hadapan negara.” katanya.

Katanya, Kemalak kini sedang merangka memperluaskan program itu kepada pegawai PALAPES yang menamatkan pengajian untuk menyertai PROTÉGÉ-RTW pada pengambilan akan datang.

“Ini bersesuaian dengana aspirasi Menteri Pertahanan yang bersedia mewujudkan 100 laluan khas bagi pegawai PALAPES yang ingin menyertai ATM.

“Jadi, melalui program itu, peserta akan menjalani latihan selama lapan hingga 12 bulan di lokasi yang ditetapkan selain menerima manfaat seperti elaun latihan sebanyak RM2,000 sebulan, cuti rehat, cuti sakit dan sebagainya,” jelasnya.

Menurutnya, Kemalak turut meletakan sasaran untuk melatih lebih 1,600 graduan menerusi program berkenaan menjelang tahun 2028. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN