50 laporan polis terhadap Teresa, kertas siasatan akan diserah AGC  

50 laporan polis terhadap Teresa, kertas siasatan akan diserah AGC  

TERESA KOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan membabitkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok akan dilengkapkan dalam tempoh dua hari ini sebelum dihantar ke Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Teresa selesai dirakam percakapan hari ini dan kertas siasatan sedang dilengkapkan.

“Dalam masa dua hari ini kita akan majukan kertas siasatan kepada AGC.

“Kita juga akan panggil saksi yang ada kepentingan dalam siasatan ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Razarudin berkata, setakat pukul 12 tengah hari ini, sebanyak 50 laporan polis diterima di seluruh negara ke atas Teresa.

Terdahulu, Teresa hadir ke Bukit Aman bagi memberi keterangan berkaitan kenyataan pensijilan halal dikatakan membebankan peniaga di Malaysia.

Teresa dilihat memakai baju kurung berwarna putih tiba kira-kira pukul 9.42 pagi ditemani peguamnya yang juga Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan.

Rakaman percakapan  dibuat di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT),Bukit Aman. 

Proses tersebut berlangsung selama satu jam setengah dan berakhir pada 11.55 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya