KECOH apabila selebriti dengan pengikut Instagram paling ramai di dunia, Selena Gomez, baru sahaja disahkan bergelar bilionair pada usia 32 tahun dengan jumlah kekayaan 1.3 bilion dolar Amerika. Mengikut Bloomberg, Selena meraih kekayaan itu hasil kejayaan produk rangkaian kecantikannya, Rare Beauty yang diasaskannya lima tahun lalu.
Produk Rare yang terkenal dengan pelembap bibir dan pemerah pipi meraih keuntungan sehingga 400 juta dolar (RM1.7 juta) sehingga Februari lalu. Malah, penyanyi Calm Down itu juga dikatakan memperoleh keuntungan dengan puluhan juta dolar hanya dengan menjadi duta jenama mewah seperti Louis Vuitton, Coach dan Puma.
Selain Selena, berikut kami kongsikan beberapa penyanyi lain yang turut tersenarai dengan gelaran bilionair.
Taylor Swift – USD 1.1 Bilion
Berbeza dengan Selena, Miss Americana ini berjaya memasuki senarai bilionair
dengan usahanya seratus peratus sebagai penyanyi. Dalam tempoh dua tahun ini, terutamanya setelah konsert jelajah The Eras Tour bermula, Taylor dijangkakan memperoleh keuntungan sehingga 190 juta dolar Amerika (setelah potongan cukai). Bukan itu sahaja, Taylor turun membantu melonjakkan tingkat ekonomi di negara lokasi konsert seluruh dunia.
Rihanna – USD 1.4 Bilion
Bintang ternama ini turut memasuki senarai bilionair hasil daripada perniagaan kosmetiknya, Fenty Beauty. Nama itu diambil hasil inspirasi daripada nama sebenarnya Robyn Fenty. Jualan perniagaannya itu berjaya memperoleh keuntungan dua bilion dolar Amerika. Selain itu, dia turut menjalankan perniagaan lain seperti jenama pakaian dalam Savage X Fenty dan LVMH.
Jay-Z -2.5 Billion
Menjadi penyanyi hip-hop pertama yang bergelar bilionair. Pemenang trofi Anugerah Grammy ini dikatakan menjual 50 saham jenama minuman beralkohol Armand de Brignac. Bukan itu sahaja, dia juga menjual label D’Usse kepada Bacardi dan memperoleh 750 juta dolar Amerika. Dia juga memiliki saham di Uber dan Block. Kemewahan yang diperoleh penyanyi ini tidak dipengaruhi pendapatan isterinya, Beyonce.
Kanye West- 1.3 Billion
Bukan hanya bernyanyi malah Kanye memiliki kolaborasi dengan pelbagai barangan berjenama seperti Nine, GAP, Adidah dan Balenciaga. Hasil kerjasama dengan Adidas menghasilkan kasut model Yezzy, dia berjaya memperoleh habuan jutaan dolar disamping mengasaskan perniagaan korset SKIMS bersama bekas isteri yang juga seorang bilionair, Kim Kardashian.