48 maut akibat serangan Israel di Gaza - Utusan Malaysia

48 maut akibat serangan Israel di Gaza

WARGA Palestin melihat sendiri kemusnahan selepas serangan tentera Israel di Gaza.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Tentera Israel melancarkan serangan baharu di kawasan selatan dan tengah Gaza, semalam, sehingga mengorbankan 48 penduduk.

Pihak Berkuasa Kesihatan Palestin melaporkan serangan berlaku ketika kempen vaksinasi polio mula dijalankan di wilayah bergolak itu.

Kempen vaksinasi polio mula dilaksanakan selepas Gaza merekodkan kes polio pertama dalam tempoh 25 tahun.

Pengarah Penjagaan Kesihatan Utama, Kementerian Kesihatan Gaza, Moussa Abed mengesahkan kempen vaksinasi polio di kawasan tengah giat dijalankan oleh pegawai kesihatan tempatan, sebilangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Khamis lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan Israel bersetuju mengadakan ‘jeda perang’ atas tujuan kemanusiaan selama tiga hari di Gaza bagi memudahkan proses vaksinasi.

Selepas kempen di kawasan tengah Gaza, vaksin dijangka diberikan kepada kanak-kanak di selatan, dan kemudian di utara Gaza. -REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN