48 mangsa banjir dipindahkan ke PPS di Kulim - Utusan Malaysia

48 mangsa banjir dipindahkan ke PPS di Kulim

ANGGOTA APM Kulim membantu memindahkan penduduk yang terjejas banjir di Kampung Sungai Seluang, Kulim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seramai 48 mangsa banjir daripada 12 keluarga di Kulim, dekat sini dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) ekoran banjir yang melanda dua kampung di situ.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah memaklumkan, kesemua mereka berlindung sementara di PPS Masjid Sungai Seluang sejak pukul 10 malam tadi.

Seramai 28 mangsa terdiri daripada lelaki termasuk lapan warga asing, manakala baki adalah mangsa wanita yang dipindahkan dari Kampung Sungai Seluang Atas dan Kampung Sungai Seluang Bawah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN