4,545 pelajar UMS mula mendaftar hari ini, esok4,545 pelajar UMS mula mendaftar hari ini, esok

4,545 pelajar UMS mula mendaftar hari ini, esok

KASIM (tengah) ketika meninjau pendaftaran pelajar baru UMS.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 4,545 pelajar ditawarkan melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi kemasukan sesi 2024/2025 yang mula mendaftar hari ini dan esok.

Menurut Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor, jumlah tersebut melibatkan 3,640 pelajar di UMS Kampus Kota Kinabalu, 701 pelajar di UMS Kampus Antarabangsa Labuan, dan 204 pelajar di Fakulti Pertanian Lestari Kampus Sandakan.

“Jumlah ini merangkumi 3,286 (72.3 peratus) pelajar dari Sabah, 718 (15.8 peratus) Semenanjung Malaysia, 470 (10.3 peratus) dari Sarawak, dan 56 (1.2 peratus) dari Wilayah Persekutuan Labuan.

“15 pelajar selebihnya merupakan pelajar antarabangsa dari lima buah negara, iaitu Negara China, Jepun, Brunei, Pakistan dan Indonesia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kasim Mansor turut memaklumkan, berdasarkan statistik tersebut, sejumlah 1,468 orang atau 32 peratus adalah pelajar lelaki, manakala 3,077 orang atau 68 peratus merupakan pelajar perempuan.

“Pengambilan pelajar pada sesi ini turut merangkumi tawaran prasiswazah laluan khas UMS iaitu sebanyak 2,579 bagi pelajar B40 ambilan UPUonline, 9 pelajar Orang Kurang Upaya (OKU), 11 atlet sukan, dan 2 Orang Asli.

“Kesemua pelajar baharu akan mengikuti program Minggu Suai Mesra (MSM) sehingga 6 Oktober ini sebagai persiapan bagi menyesuaikan diri dalam suasana kehidupan kampus,” katanya.

Dalam pada itu, Kasim Mansor berkata, kemudahan-kemudahan yang terdapat di kolej kediaman termasuk bekalan air pada tahap yang baik dan bersedia untuk menampung keperluan pelajar pada sesi pengajian ini.

“Pentadbiran universiti juga telah menetapkan masa-masa tertentu yang berbeza bagi urusan pendaftaran antara pelajar baharu sebagai usaha untuk mengelakkan kesesakan pada hari pendaftaran.

“Justeru, dapat dilihat suasana dan proses pendaftaran pada hari ini begitu teratur hasil penambahbaikan yang dilakukan,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN