39 pendaki Malaysia cipta rekod pendaki teramai jejak EBC, Nepal

39 pendaki Malaysia cipta rekod pendaki teramai jejak EBC, Nepal

SEKUMPULAN Sekumpulan 39 pendaki  yang menyertai ekspedisi pendakian ke Everest Base Camp (EBC), Nepal. - GAMBAR JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Sekumpulan 39 pendaki  yang menyertai ekspedisi pendakian ke Everest Base Camp (EBC), Nepal mencatatkan rekod tersendiri apabila menjadi kumpulan pendaki paling ramai dari Malaysia berjaya menjejaki EBC itu.

Kumpulan pendaki itu terdiri daripada pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selain kakitangan pejabat Sultan Pahang; Hospital Sultan Ahmad Shah dan wakil agensi media diketuai oleh Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Abdul Rahman selamat tiba di tanah air hari ini.

Mereka memulakan pendakian pada 9 September lalu  bersempena Hari Keputeraan Sultan Pahang dan sebagai satu usaha menyemai semangat kekitaan serta menyuburkan kecintaan rakyat kepada raja.

Menurut JBPM, para peserta ekspedisi mengharungi cabaran seperti perjalanan dan pendakian sejauh 110 kilometer dalam keadaan cuaca sangat sejuk sehingga mencecah -1 darjah Celsius dan kesukaran lain seperti struktur muka bumi yang berbatu dan licin.

“Bagaimanapun, susulan ketabahan dan nekad jitu peserta ekspedisi, mereka berjaya tiba di EBC pada ketinggian 5,364 meter dari aras laut pada pukul 11.10 pagi, 18 September lalu,” katanya.

Terdahulu, kepulangan mereka disambut Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad bersama warga JBPM di Balai Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.

NOR Hisham Mohammad bersama warga JBPM menyambut ketibaan pasukan pendaki ekspedisi di Balai Ketibaan KLIA.

Ekspedisi itu turut disertai lima wakil kerajaan Negeri Pahang termasuk Exco Komunikasi Dan Multimedia, Belia, Sukan, Fadzli Mohamad Kamal dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (Pengurusan), Datuk Dr. Mohd. Zakaria Ibrahim yang mengiringi peserta ekspedisi hingga ke Namche Bazaar di ketinggian 3,441 meter dari aras laut sebagai memberi sokongan moral kepada mereka.

Program pendakian ini bermula pada tahun 2014 hasil cetusan idea pengamal media di Negeri Pahang dengan kerjasama erat JBPM Negeri Pahang dan masih diteruskan sehingga kini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya