38 permit kempen PRK Mahkota diluluskan

38 permit kempen PRK Mahkota diluluskan

38 permit kempen ceramah dan kempen bergerak dikeluarkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Sebanyak 38 permit kempen ceramah dan kempen bergerak dikeluarkan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, setakat hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, daripada jumlah itu, polis meluluskan sembilan permit kempen kepada Barisan Nasional (BN) dan 29 permit kepada Perikatan Nasional (PN) sejak hari pertama berkempen pada 14 September lalu.

“Setakat ini hanya satu permit yang dipohon BN, iaitu permit tayangan (layar gergasi) ditolak disebabkan tiada kelulusan daripada Pejabat Pegawai Daerah Kluang.

“Permit kempen yang dipohon dan diluluskan kepada parti BN membabitkan pembesar suara (speaker corner), ziarah rumah ke rumah (walkabout), syarahan, flashmob dan program taqarub,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Permit kempen yang dipohon dan diluluskan kepada parti PN membabitkan syarahan awam terbuka, ziarah rumah ke rumah, siar raya bergerak, syarahan awam ceramah berkelompok dan ‘busking’.

“Setakat ini tiada laporan polis diterima berkaitan salah laku,” katanya.

PRK DUN Mahkota menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara BN yang mempertaruhkan Syed Hussien Syed Abdullah dan calon PN, Mohamad Haizan Jaafar atau Coach Haizan.

Hari pengundian ditetapkan pada 28 September ini manakala 24 September sebagai hari mengundi awal.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN