3,000 unit rumah bantu rakyat miskin miliki rumah pertama

3,000 unit rumah bantu rakyat miskin miliki rumah pertama

AMIRUDDIN SHARI melancarkan dua Projek Rumah Idaman di bawah skim inisiatif kerajaan Selangor untuk Daerah Sepang iaitu Putra Idaman dan Saujana Idaman. - UTUSAN/AMREE AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Kerajaan Selangor menawarkan sejumlah 3,000 unit rumah kepada golongan miskin memiliki rumah pertama mereka menjelang akhir 2027 di Skim Smart Sewa.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Skim Smart Sewa ketika ini sudah pun ditawarkan menerusi 32 projek Rumah Selangorku sejak tujuh tahun lepas melibatkan sejumlah 1,287 unit dengan dana RM240 juta.

Beliau berkata, bagi setiap projek Rumah Idaman, pemaju kena menyediakan 10 hingga 20 peratus unit bagi Smart Sewa dan mengalu-alukan jika ada pemaju sudi menawarkan sehingga maksimum 30 peratus.

“Ini selaras dengan dasar kerajaan negeri yang tiada lagi bentuk rumah pakej A, B atau C dan dengan satu rekaan seragam, pemaju sudah jimat banyak kos pembinaan,” katanya selepas melancarkan dua Projek Rumah Idaman di bawah skim inisiatif kerajaan Selangor untuk Daerah Sepang iaitu Putra Idaman dan Saujana Idaman, di sini hari ini.

Ia melibatkan kerjasama antara anak syarikat milik kerajaan negeri itu, Permodalan Negeri Selangor Berhad dengan syarikat pemaju tempatan, Kumpulan Oriental Interest Berhad.

Projek Rumah Idaman merupakan konsep kediaman mampu milik di Selangor untuk satu keluarga yang miskin atau ada berpendapatan bulanan keseluruhan bawah RM10,000.

Menyentuh perkembangan program rumah kos rendah dengan harga kawalan kerajaan itu, Amirudin berkata, setakat ini sudah 10,000 unit masih dalam pembinaan di seluruh negeri, manakala sejumlah 40,000 unit lagi dalam proses kelulusan.

Secara keseluruhannya ujar beliau, kerajaan negeri mengunjurkan kira-kira 100,000 unit rumah baharu yang bakal disiapkan di seluruh Selangor dalam tempoh tiga tahun lagi.

“Sejumlah 4,000 unit sudah diserahkan kunci kediaman dan kita berharap menjelang 2027, Selangor sudah mempunyai 60,000 unit Rumah Idaman,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN