3,000 peserta 60 negara sertai larian denai Malaysia Ultra Trail - Utusan Malaysia

3,000 peserta 60 negara sertai larian denai Malaysia Ultra Trail

WONG Kah Woh (tengah) pada sidang akhbar acara Malaysia Ultra Trail - UTMB di Taiping hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Hampir 3,000 peserta dari 60 buah negara akan menyertai larian denai di hutan Malaysia dalam acara Malaysia Ultra Trail – UTMB yang akan diadakan di Taiping  pada 15 hingga 17 November depan.

Pengarah UTMB, Ewegene Tan berkata, antaranya peserta dari China, Singapura, Indonesia, Jepun, Perancis beberapa negara lain.

Menurutnya, jarak larian bermula 2 kilometer untuk kategori kanak-kanak manakala kategori dewasa sehingga jarak maksimum 100 kilometer.

Katanya, para peserta akan diuji kekuatan dan ketahanan diri mereka dalam lima kategori jarak perlumbaan yang berbeza di kawasan rizab hutan dan kawasan hutan simpan di Taiping.

“Para peserta akan merasai pelbagai jenis laluan antaranya trek di laluan landasan keretapi lama, laluan ladang hingga ke kawasan hutan lasak.

“Pelbagai tawaran hadiah lumayan disediakan dan pemenang berpeluang mengutip mata untuk layak ke final Siri Dunia UTMB di Perancis tahun depan.

“Peserta luar negara yang menyertai larian di sini sememangnya terkenal di pentas dunia dalam acara ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pendidikan yang juga Ahli Parlimen Taiping, Wong Kah Woh.

Sementara itu, Kah Woh mengakui teruja dengan acara bertaraf dunia seperti larian denai itu diadakan di Taiping.

Menurutnya, Taiping bertuah kerana terpilih menjadi lokasi dalam acara besar dan secara tidak langsung sebagai hadiah sempena sambutan ulang tahun ke-150 Bandar Warisan Taiping tahun ini.

“Penganjuran acara bertaraf antarabangsa ini menjadikan Taiping dan Malaysia lebih dikenali di pentas dunia,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya