3 maut 5 cedera, nahas 7 kenderaan di Lebuhraya KL-Karak

3 maut 5 cedera, nahas 7 kenderaan di Lebuhraya KL-Karak

NAHAS melibatkan tujuh kenderaan di KM42 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pagi tadi. -IHSAN BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT BENTONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga lelaki maut dan lima lagi cedera dalam nahas melibatkan tujuh kenderaan di KM42 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, pihaknya menerima panggilan mengenai nahas itu pada pukul 4.13 pagi melibatkan empat kereta, sebuah lori tiga tan dan dua treler, dengan sembilan mangsa lelaki dan empat wanita terlibat.

“Bomba melakukan operasi mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan menyelamat dan memadam kebakaran melibatkan sebuah lori treler yang terbakar sepenuhnya,” katanya ketika dihubungi media hari ini.

Mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd. Ridzuan Zulkafly, 40, Muhamad Zaimi Shariff, 39 dan Muhammad Azizul Fitrie Md Zairi, 23.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, dua wanita yang cedera dihantar ke hospital dengan jentera Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), manakala tiga lelaki yang cedera parah dibawa ke hospital oleh ambulans KKM.

Operasi menyelamat melibatkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong tamat pada pukul 5.50 pagi.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya