29 warga Pakistan gagal masuk Malaysia melalui Langkawi

29 warga Pakistan gagal masuk Malaysia melalui Langkawi

WARGA Pakistan yang dihantar pulang ke negara asal selepas diberikan notis penolakan masuk oleh Jabatan Imigresen di LTAL, Langkawi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Sanggup berhabisan hampir RM2,000 untuk kos penerbangan dan perbelanjaan lain bagi menyertai satu acara larian di Pulau Tuba, di sini dengan hadiah utama cuma RM300 serta hanya membawa kurta.

Demikian antara tindakan mencurigakan 29 warga Pakistan yang dikesan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah selepas kumpulan warga asing itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) pada kelmarin.

Pengarah Imigresen negeri, Mohd. Ridzzuan Mohd. Zain berkata, 28 lelaki dan seorang wanita berasal dari kawasan pedalaman Pakistan itu tiba di LTAL dengan pesawat FZ1603.

Katanya, kumpulan warga asing tersebut mendakwa masuk ke Langkawi untuk menyertai Tuba Cross Country Run yang dijadualkan berlangsung esok.

“Hasil pemeriksaan soal siasat mendapati kumpulan itu membelanjakan hampir RM2,000 untuk kos penerbangan dan perbelanjaan lain semata-mata untuk menyertai acara larian itu di sini. Apa yang menarik perhatian adalah yuran penyertaan cuma RM45 dan hadiah utama adalah RM300.

“Malah kumpulan ini juga didapati hanya membawa kurta tanpa pakaian dan kasut sukan bersesuaian untuk acara tersebut. Adakah ini strategi untuk menyembunyikan motif sebenar mereka dan kenapa tidak dibawa pakaian yang bersesuaian,” katanya di sini hari ini.

Menurut Mohd Ridzzuan, kumpulan berkenaan disyaki menggunakan modus operandi licik iaitu dengan menempah bilik di sebuah hotel bajet di Langkawi dan membeli tiket pulang ke Dubai sehari selepas acara.
“Ia menimbulkan beberapa persoalan termasuk mengapa mereka merancang untuk meninggalkan Malaysia segera selepas acara.

“Kebiasaannya kebanyakan peserta yang menyertai sebarang program di sini akan mengambil kesempatan untuk melancong dan meneroka lokasi-lokasi sebelum kembali ke negara masing-masing,” ujarnya.

Malah, kata beliau, penganjur acara Tuba Cross Country Run turut mengesahkan tiada peserta asing lain yang mendaftar selain kumpulan itu.Tambahnya, disebabkan niat dan motif yang tidak munasabah, pegawai Imigresen di kaunter LTAL memutuskan untuk menolak kemasukan mereka di bawah Seksyen 8(3)(c) kerana disyaki bukan pelancong tulen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya