28 laporan polis terhadap Teresa

28 laporan polis terhadap Teresa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 28 laporan diterima Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap Teresa Kok berhubung isu pensijilan halal yang didakwa Ahli Parlimen Seputeh itu akan menambah kesukaran operasi perniagaan dan beban kepada peniaga kecil.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Selangor merekodkan aduan tertinggi terhadap Teresa iaitu enam laporan polis di­ikuti Perak (lima laporan) dan Terengganu (empat laporan).

Kata beliau, sebanyak empat laporan diterima di Kedah selain Kelantan (tiga laporan), Negeri Sembilan dan Pahang (masing-masing dua laporan) serta Kuala Lumpur dan Melaka (ma­sing-masing satu laporan).

“Kesemua laporan ini di­terima di negeri-negeri ber­kenaan setakat pukul 2 petang (semalam),” katanya ketika dihubungi di sini.

Terdahulu, Razarudin me­ngesahkan keterangan Teresa akan diambil hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN