26,000 tenaga mahir keselamatan siber diperlukan, Akademi Keselamatan Siber ditubuh

26,000 tenaga mahir keselamatan siber diperlukan, Akademi Keselamatan Siber ditubuh

AHMAD Zahid Hamidi ketika  mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (MTVET) di Putrajaya, hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia kekurangan 26,000 tenaga kerja mahir dalam bidang keselamatan siber yang menjadi keperluan industri selain menangani cabaran keselamatan masa kini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, untuk itu kerajaan bercadang mewujudkan sebuah Akademi Keselamatan Siber yang menawarkan kursus-kursus berasaskan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (TVET) berkaitan bidang tersebut. 

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis TVET negara berkata, pengambilan pelajar akademi itu akan dilaksanakan bagi kemasukan tahun ini selepas perbincangan bersama Kementerian Digital untuk menyegerakan penyediaan kursus-kursus berkaitan di bawah penyelarasan CyberSecurity Malaysia.

“Kursus-kursus hendaklah disegerakan kerana keperluannya amat mendesak dalam kalangan syarikat-syarikat semikonduktor dan syarikat-syarikat berasaskan elektronik. 

“Jadi penubuhan akademi ini amat penting walaupun banyak universiti menawarkan kursus yang sama dari segi akreditasi, tetapi akademi ini adalah sebuah badan yang menyelaraskan bentuk kursus yang diadakan.

“Ini merupakan kursus TVET bernilai tinggi dan ini sangat diperlukan kerana terdapat kekosongan lebih 26,000 dalam bidang keselamatan siber,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Negara (MTVET) di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN