21 wanita pengikut GISBH tiba di mahkamah - Utusan Malaysia

21 wanita pengikut GISBH tiba di mahkamah

Mahkamah GISBH
SERAMAI 21 wanita tiba di Sayap Kanan, Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah bagi permohonan sambung reman dekat Mahkamah Majistret, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seramai 21 lagi wanita dikaitkan dengan gerakan Global Ikhwan Services and Business Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) tiba di mahkamah bagi permohonan sambung reman di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Mereka dilihat tiba melalui laluan bahagian belakang Sayap Kanan Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan memakai pakaian lokap berwarna oren serta dikawal ketat anggota dan pegawai polis.

Berdasarkan maklumat diperolehi, seramai 83 orang pengikut gerakan itu dibawa secara berperingkat ke mahkamah sama bagi permohonan sambung reman.

Terdahulu pengerusi merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISBH, Datuk Nasiruddin Mohd Ali tiba di Mahkamah Majistret hari ini bagi permohonan sambung reman.

Dia dilihat memakai jubah putih dan berkopiah tiba bersama sembilan individu terdiri tujuh lelaki dan dua wanita di pekarangan Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kira-kira pukul 9.25 pagi tadi dikawal ketat pasukan polis lengkap bersenjata.

Sebelum ini, Nasiruddin bersama isteri dan 19 individu lain direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung pengekploitasian termasuk pemerdagangan kanak-kanak.

Perintah tersebut dikeluarkan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin.

Mereka yang ditahan berusia 25 hingga 65 tahun. Tangkan itu terdiri daripada 12 lelaki dan tujuh wanita.

Mereka kemudiannya dibawa untuk tahanan di Lokap Berpusat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 32 (a) Akta Kanak-kanak 2001, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN