15 premis GISBH di Melaka diserbu hari ini

15 premis GISBH di Melaka diserbu hari ini

SERBUAN yang dilakukan di premis GISBH di Krubong, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kira-kira 15 premis termasuk sebuah kediaman ahli Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) di sekitar negeri ini diserbu pihak polis, hari ini.

Difahamkan, polis berjaya menahan 24 individu termasuk 19 kanak-kanak yang diselamatkan dari sebuah rumah di Kuala Sungai Baru, Alor Gajah.

Lima ahli dewasa yang terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita turut ditahan di kediaman berkenaan.

Premis lain yang diserbu adalah rumah amal, bakeri, restoran, kedai langsir, pasar mini, kilang memproses kuetiau dan pejabat pengurusan.

Kebanyakan premis telah dikosongkan termasuk dua buah banglo yang dijadikan rumah amal di Krubong.

Operasi bersepadu itu turut melibatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan, seramai 17 individu yang memegang jawatan tinggi di GISBH antara 31 tangkapan yang dilakukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam operasi sejak 18 September lalu.

Penahanan kesemua mereka dilakukan di sekitar Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Kedah iaitu di Sempadan Malaysia-Thailand.

Razarudin berkata, susulan tangkapan itu menjadikan jumlah terkini mereka ditahan membabitkan GISBH adalah seramai 200 orang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN