1,380 mangsa banjir di Kedah sehingga pukul 5 petang

1,380 mangsa banjir di Kedah sehingga pukul 5 petang

BOMBA menyelamatkan penduduk yang terperangkap dalam banjir berulang di Kampung Bukit, Derang di Pokok Sena. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat sedikit kepada 1,380 orang pada pukul 5 petang ini berbanding 1,372 mangsa setakat pukul 8 pagi tadi.

733 daripadanya merupakan mangsa di Pokok Sena melibatkan 231 keluarga yang kini ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS).

Berdasarkan maklumat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 411 orang daripada 129 keluarga pula terjejas di daerah Kota Setar dengan tiga PPS diaktifkan sejak semalam.

Sementara di Kubang Pasu, mangsa yang terjejas direkodkan sebanyak 236 mangsa daripada 82 keluarga yang kini berada di dua PPS di daerah itu.

Dalam pada itu, berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) setakat 4 petang ini, paras Sungai Padang Terap di Kepala Batas dan Sungai Bata di Kampung Bata, Kubang Pasu melebihi paras bahaya.

Turut merekodkan paras bahaya adalah Sungai Anak Bukit di Taman Aman dan Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR, Kota Setar serta Sungai Titi Kerbau di Kubur Panjang, Pendang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN