129 sekolah di Pulau Pinang ada MakerLabs

129 sekolah di Pulau Pinang ada MakerLabs

MURID-murid SK Bintong, Kangar Perlis kelihatan ceria dengan berpakaian bertemakan kemerdekaan. – UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBANYAK 129 buah sekolah di Pulau Pinang kini dilengkapi dengan MakerLabs atau makmal yang lengkap dengan pelbagai perisian, perkakasan serta bahan pembelajaran yang terkini.

Dengan adanya MakerLabs, proses pembelajaran di kesemua sekolah tersebut yang terdiri daripada 92 sekolah rendah serta 37 sekolah menengah akan mengguna pakai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bertaraf pendidikan dunia abad ke-21.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, pencapaian itu juga membolehkan Pulau Pinang diiktiraf sebagai negeri yang mempunyai jumlah MakerLab tertinggi di sekolah setakat ini.

“MakerLabs membolehkan beribu-ribu pelajar setiap tahun belajar serta mempraktikkan kemahiran teknikal asas pada abad ke-21 ini seperti pengkodan, sistem terbina dalam (embedded systems) dan reka bentuk serta pencetakan tiga dimensi (3D).

“Dalam hal ini, pelajar boleh menggunakan kreativiti dan inovasi masing-masing untuk membangunkan satu-satu projek, menyelesaikan masalah selain bersaing sama ada di peringkat negeri, kebangsaan atau antarabangsa,” katanya ketika pelancaran Advance MakerLabs di Batu Kawan, Pulau Pinang baru-baru ini.

Program Advance MakerLabs yang dikendalikan oleh Penang Science Cluster (PSC) melibatkan 10 buah organisasi dan sebuah alumni sekolah untuk membangunkan projek-projek inovatif di peringkat sekolah di negeri ini.

Difahamkan, kos untuk menubuhkan sebuah MakerLab di sekolah mencecah RM60,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN