11 NGO Sabah, Sarawak bantah 1/3 kerusi Dewan Negara

11 NGO Sabah, Sarawak bantah 1/3 kerusi Dewan Negara

Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah - JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 11 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantah cadangan pertubuhan sivil supaya Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan diberi lebih satu pertiga kerusi atau kuota 35 peratus di Dewan Negara.

NGO tersebut berkata, cadangan itu tidak ikhlas dan menghina rakyat Sabah dan Sarawak untuk mendesak Dewan Negara mencapai kriteria satu pertiga kerusi.

Katanya, berbeza dengan ahli Dewan Rakyat yang diberi mandat oleh rakyat melalui pilihan raya, ahli Dewan Negara tidak mempunyai kuasa politik kerana hanya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Anda tidak boleh mengharapkan orang yang tidak dipilih Dewan Rakyat supaya mempunyai kuasa untuk bersuara untuk Sabah dan Sarawak.

“Jika Dewan Negara berkuasa, pemimpin Singapura, Borneo Utara dan Sarawak akan melakukannya meminta satu pertiga daripada kerusi Dewan Negara sejak tahun 1963.

“Hakikatnya, mereka mahu satu pertiga daripada kerusi di Dewan Rakyat menunjukkan mereka tahu di mana kuasa sebenar terletak,” katanya dalam kenyataan bersama hari ini.

Sebanyak 11 pertubuhan yang mencadangkan perkara itu iaitu Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (SAPA), Organisasi Kebangsaan Dayak (DIO), Pembela Tanah Leluhur Sabah (MOPOT), Inisiatif Gindol untuk Masyarakat Madani Borneo dan Pertubuhan Kebajikan Rumpun Dayak Sabah (PKRDS).

Enam lagi ialah Gabungan Orang Asal Sarawak (GOASS), Persatuan Etnik Dayak Asal Sarawak (PEDAS), Institut Hal Ehwal Antarabangsa Sarawak (SIPA), Sabah Action Body Advocating Rights (SABAR), Sabah Entitlement & Equity Now (SEEN) dan Persatuan Dayak Iban Sarawak.

Pertubuhan-pertubuhan itu memberi kenyataan balas terhadap sokongan pihak lain seperti Bersih, Tindak Malaysia, Rise of Social Efforts dan ENGAGE untuk cadangan kuasa veto Malaysia Timur di Dewan Negara sebagai satu cara merealisasi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Sebelum ini, kumpulan pendesak reformasi institusi dikenali sebagai Projek SAMA terlebih dahulu mencadang kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan dengan menambah 15 kerusi tambahan di Dewan Negara untuk Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak).

Kumpulan itu percaya, pertambahan kerusi ahli Dewan Negara akan memberi kuasa veto kepada Malaysia Timur untuk menyekat sebarang pindaan Perlembagaan secara sepihak dari Semenanjung.

Katanya, Malaysia Timur kini hanya memegang 7.1 peratus daripada jumlah kerusi Dewan Negara dengan hanya dua senator masing-masing dari Sabah dan Sarawak, serta seorang senator dilantik oleh Persekutuan mewakili Labuan.

“Pertambahan 30 ahli Dewan Negara dari Sabah dan Sarawak akan segera memberi Malaysia Timur termasuk Wilayah Persekutuan Labuan 35 kerusi (genap 35 peratus) dalam Dewan Negara menjadikan jumlah kerusi Dewan Negara kepada 100 ahli,” katanya.

Kerajaan kini dalam proses mengembalikan status sama rata kepada Sabah dan Sarawak sebagai sebahagian daripada MA63.

Salah satu cadangan oleh penyokong Sabah dan Sarawak adalah untuk memberi 35 peratus daripada kerusi Dewan Rakyat kepada Malaysia Timur, bagi memulihkan keseimbangan seperti yang dibayangkan dalam MA63.

Semalam, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg menggesa Kerajaan Persekutuan mengembalikan kuota 35 peratus atau satu pertiga daripada keseluruhan bilangan kerusi Parlimen kepada Sarawak dan juga Sabah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya