11 individu dirakam percakapan kes sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar

11 individu dirakam percakapan kes sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis sehingga kini  mengambil keterangan 11 individu bagi membantu siasatan kes sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar yang mengaitkan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim serta beberapa individu. 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, proses merakam percakapan itu membabitkan keterangan seorang ahli politik dan suaminya, selain ahli perniagaan dan beberapa individu dari sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta wartawan portal tempatan.

“Setakat ini seramai 11 individu telah diambil keterangan berkaitan kes tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Menurut Razarudin, siasatan setakat ini berkaitan peranan seorang Datuk Seri  disyaki sebagai ‘dalang’ dalam mengenal pasti pelabur- pelabur yang berpotensi untuk melabur di Myanmar.

“Kita juga menyiasat peranan lelaki disyaki mengambil kesempatan untuk menjana keuntungan dari pelabur-pelabur yang berjaya dipujuk.

“Ini juga bagi mengenal pasti perhubungan antara beberapa individu serta dua ahli perniagaan rakyat China,” katanya. 

Media semalam melaporkan, polis sedang melakukan analisis dan penelitian terhadap kedudukan kewangan beberapa syarikat bagi membantu siasatan berhubung kes pemerdagangan manusia di Myanmar yang didakwa berkait Mashitah.

Razarudin dilaporkan berkata, laporan diperoleh daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) itu turut membabitkan maklumat beberapa individu, termasuk Mashitah serta ahli perniagaan tempatan bergelar ‘Datuk Seri’.

“Kita turut melakukan semakan penerbangan bagi melihat pergerakan ke luar negara, khususnya Myanmar, oleh individu berkenaan sejak 2019.

“Selain itu, polis juga akan mengambil keterangan beberapa individu, khususnya mereka yang pernah menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan berjaya dibawa pulang dari Myanmar ke negara ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya