102,813 program pembudayaan galakan membaca dilaksana PNM 102,813 program pembudayaan galakan membaca dilaksana PNM

102,813 program pembudayaan galakan membaca dilaksana PNM

- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PETALING JAYA: Sebanyak 102,813 program pembudayaan galakan membaca  dilaksanakan di seluruh negara sejak  tahun lalu sehingga Ogos tahun ini.

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) memaklumkan, program pembudayaan galakan membaca itu melibatkan PNM, Perpustakaan Desa, Perpustakaan Komuniti dan Perpustakaan Awam Negeri Perlis dengan jumlah penyertaan sebanyak 3,748,409 orang. 

Langkah itu bukan sahaja memperkukuhkan industri penerbitan buku di Malaysia tetapi juga menegaskan komitmen PNM dalam menjaga dan memperluaskan akses kepada ilmu pengetahuan dan budaya melalui perpustakaan.

“Selain itu, PNM telah melaksanakan pelbagai inisiatif menerusi perkongsian pintar dengan penggiat industri buku dan lain-lain pemain industri.

“Ini menjadi usaha penting dalam memajukan industri perbukuan di Malaysia serta membina modal insan sebagai wahana pembangunan minda yang menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Antara inisiatif yang dilakukan adalah program Baucar Buku, program pemerkasaan galakan membaca seperti Pesta Buku, Meet-and-Greet bersama penulis, dan program pelancaran buku baharu,” kata PNM dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan PNM tersebut  sebagai maklum balas kepada artikel diterbitkan Utusan Malaysia pada 26 September lalu bertajuk ‘Pembaca beralih kepada bahan digital, jejas industri buku: 348 perpustakaan ditutup’. 

Mengulas lanjut PNM memberitahu, setakat 2023 sebanyak 33,366 judul atau 140,448 naskhah buku fizikal diterima oleh PNM melalui serahan di bawah Akta 331.

“Pada 2023, para penerbit buku telah memohon kepada kami sebanyak 27,972 International Standard Book Number (ISBN) bagi penerbitan buku fizikal di mana ia menunjukkan peningkatan sebanyak 50.06 peratus atau 9,332 permohonan berbanding tahun 2022.

“Dapatan data ini menunjukkan bahawa industri penerbitan negara khususnya penerbitan buku fizikal masih relevan dan mendapat permintaan yang menggalakkan daripada pembaca serta dilihat terus kekal relevan walaupun persekitaran media elektronik sedang menguasai kehidupan pada masa kini,” katanya.

Tambah PNM, kepesatan teknologi memainkan peranan dalam menambah baik penyampaian perkhidmatan perpustakaan dengan lebih cepat, pantas dan berkesan.

“Dalam hal ini kami sebagai peneraju perkhidmatan perpustakaan akan memastikan sentiasa berupaya merelevankan peranannya dalam pembangunan sektor perpustakaan di Malaysia agar selari dengan perubahan global,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN