101 murid muntah, cirit-birit selepas makan, minum di kantin sekolah

101 murid muntah, cirit-birit selepas makan, minum di kantin sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kira-kira 101 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor, keracunan dipercayai selepas makan ayam goreng dan minuman coklat di kantin sekolah semalam.

Pengarah Kesihatan Perak, Dr. Feisul Idzwan Mustapha dalam satu kenyataan berkata. kejadian itu dimaklumkan melalui sistem e-pemberitahuan pada pukul 8 pagi semalam.

Ia ekoran lima murid menunjukkan gejala keracunan makanan seperti cirit-birit, muntah, sakit perut dan demam.

“Semua murid telah menerima rawatan di dua kemudahan kesihatan sekitar Ipoh. Ini mendorong Unit Kawalan Penyakit Berjangkit Pejabat Kesihatan Daerah Kinta menjalankan siasatan di sekolah berkenaan jam 10.30 pagi, semalam.

“Hasil siasatan pengesanan kes aktif, sejumlah 96 kes tambahan telah dikenal pasti menjelang jam 5 petang semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 101 membabitkan 50 murid perempuan dan 51 murid lelaki,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Katanya, semua 101 kes itu menunjukkan gejala muntah, 84 kes mengalami cirit-birit, 68 kes mengalami sakit perut dan 24 kes mempunyai gejala demam.

Beliau berkata itu, Pejabat Kesihatan Daerah Kinta telah mengeluarkan arahan untuk menutup kantin sekolah selama 14 hari di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya