100 pelajar dapat manfaat Petronas BeDigital Bootcamp

100 pelajar dapat manfaat Petronas BeDigital Bootcamp

PENGERUSI Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman bergambar kenangan bersama pelajar yang menyertai Petronas BeDigital Bootcamp pada majlis penutup di sebuah hotel di Melaka. – UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seramai 100 pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) mendapat manfaat penganjuran Petronas BeDigital Bootcamp Wilayah Selatan yang bertujuan meningkatkan prospek pekerjaan pelajar, menambah kebolehpasaran dan meneroka keusahawanan digital dalam mendukung aspirasi digital negara.

Kohort kesembilan itu melibatkan pelajar tahun akhir daripada lima IPTA iaitu Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor dan UiTM Melaka.

Program selama 12 hari dengan Melaka menjadi tuan rumah merupakan destinasi keempat tahun ini, selepas pantai timur, Sabah, dan Sarawak.

Modul yang ditampilkan melibatkan kemahiran digital yang mendapat permintaan tinggi seperti kecerdasan buatan (AI) dan keselamatan siber serta shark tank untuk meningkatkan kemahiran penyampaian peserta.

Naib Presiden Kanan Pelaksanaan Projek dan Teknologi Petronas, Ir. Mohd. Yusri Mohamed Yusof berkata, ia memperkukuhkan dedikasi agensi itu dalam membangunkan modal insan selaras dengan matlamat ekonomi digital negara.

“Kami yakin bahawa bakat yang dimiliki oleh rakyat Malaysia adalah aset terbesar, yang akan membentuk masa depan dengan kemahiran dan dedikasi mereka. Modul-modul program ini direka dengan falsafah sebagai panduan dan kami berharap program ini bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran profesional peserta, tetapi juga memperkasakan mereka. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN