Zaman remaja saya tidak sama macam yang lain - Siti Nurhaliza - Utusan Malaysia

Zaman remaja saya tidak sama macam yang lain – Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza, mendedahkan zaman remajanya tidak sama dengan remaja yang lain kerana memfokuskan diri dalam menempa nama dalam industri seni tanah air.

Kata Siti, zaman remajanya sangat berbeza kerana tuntutan kerja yang sangat sibuk sehingga membuatkan dia tidak pernah melepak dan berseronak bersama rakan seusianya pada ketika itu.

“Habis sahaja umur 17 tahun, saya terus fokus jadi anak seni dan tak berhenti semenjak itu.

“Saya tak ada masa untuk melepak, tidak ada masa hendak keluar dengan kawan-kawan untuk seronok-seronok.

“Pergi disko waktu remaja untuk berseronok memang tak pernah dalam hidup saya. Saya tak rasa bosan pun,” katanya ketika menjadi tetamu di Podcast Apa Cerita?.

Menurut penyanyi Purnama Merindu itu, dia tidak pernah menyesal kehilangan zaman remajanya demi memenuhi tuntutan kerja.

“Saya tidak pernah rasa rugi tidak pernah pergi ke sana (tempat hiburan) sebab jadual saya penuh dengan kerja.

“Penyesalan untuk menikmati keseronokan itu tidak ada. Alhamdulillah, saya bersyukur sangat sebab dijaga baik oleh orang sekeliling.

“Bila saya jadi artis yang jaga saya juga adalah abang, malah mak pun selalu ikut. Jadi setiap kali bersama mereka, saya sering dinasihati,” katanya.

Bagaimanapun sebagai manusia biasa, Siti pernah berasa penat dengan kerjayanya namun atas nasihat ibu, dia tetap cekal menggalas tanggungjawab sebagai anak seni.

“Bohonglah kalau kata tidak ada keadaan di mana saya rasa nak berehat, tapi ini adalah keputusan yang saya pilih dan tanggungjawab. Jadi tak boleh nak merungut.

“Pernah dulu saya kena pergi ke Indonesia untuk promosi lagu Aku Cinta Padamu dan saya mengadu dekat mak, ‘penat mak, Siti tak nak’.

“Mak kata, ‘kamu pergilah sekejap, selesaikan kerja-kerja tu nanti kamu rehat lah’,” ujarnya.

Kongsinya, pujukan itu yang membuatkan dia untuk terus bertahan sehingga sekarang. Itulah kesusahan dan pengorbanan yang perlu dilakukan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya