SHAH ALAM: Wira negara yang terkorban dalam insiden pencerobohan pengganas Sulu di Semporna, Sabah pada 11 tahun lalu, Allahyarham Koperal Mohd. Azrul Tukiran diangkat sebagai Tokoh Kemerdekaan Selangor 2024 oleh kerajaan negeri dalam Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-67, malam tadi. Anggota polis itu merupakan antara enam anggota polis yang terkorban bersama Asisten Komisioner Ibrahim Lebar, Deputi Superintendan Michael Padel; Sarjan Mejar Baharin Hamit; Sarjan Mejar Abdul Aziz Sarikon dan Sarjan Salam Togiran pada 2 Mac 2013. Kakak allahyarham, Azlin Tukiran berkata, meskipun kehilangan orang tersayang, namun dia dan ahli keluarganya berbangga…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya