WCE jajaran Banting-SKVE dibuka tengah malam ini

WCE jajaran Banting-SKVE dibuka tengah malam ini

PLAZA Tol Banting Seksyen 1 Lebuhraya WCE yang menghubungkan Banting dengan Lebuhraya SKVE akan dibuka secara rasmi pada tengah malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Seksyen 1 Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) yang melibatkan jajaran Banting menghubungkan dengan persimpangan bertingkat Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dibuka bermula pukul 12.01 tengah malam ini.

Pembukaannya dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dekat Plaza Tol Banting, di sini, hari ini.

Serentak dengan itu, beliau turut mengumumkan tol percuma bagi seksyen tersebut selama satu bulan kepada pengguna bermula tengah malam ini sehingga 29 September 2024.

“Atas rasa semangat Hari Kebangsaan Ke-67 saya mengumumkan pengecualian tol bagi seksyen tersebut selama sebulan bermula pada tengah malam ini sehingga pukul 11.59 malam pada 29 September 2024” katanya, hari ini.

Jajaran sepanjang 12.5 kilometer (km) itu adalah sebahagian daripada projek yang merentasi bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia menghubungkan Changkat Jering di negeri Perak (Utara) ke Banting negeri Selangor (tengah) sepanjang 314.5 km.

Seksyen 1, Lebuhraya WCE ini yang bersambung ke Lebuhraya Lembah Klang 

Selatan (SKVE) bakal memberi manfaat kepada Rakyat Madani terutama pengguna di sekitar Banting sebagai laluan alternatif ke bandar-bandar utama di Selatan Lembah Klang seperti Putrajaya, Bangi dan Kajang. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN