Warga SK Ketengah Jaya II hasil Jalur Gemilang gergasi

Warga SK Ketengah Jaya II hasil Jalur Gemilang gergasi

SEBAHAGIAN daripada murid dan guru bergambar bersama Jalur Gemilang gergasi yang dihasilkan sempena Hari Kebangsaan di SK Ketengah II, Dungun, semalam. – UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Kira-kira 350 warga Sekolah Kebangsaan (SK) Ketengah Jaya II, dekat sini, mengambil inisiatif menghasilkan Jalur Gemilang bersaiz gergasi bagi memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini.

Guru Besarnya, Zamzuri Mohd Amin berkata, Jalur Gemilang bersaiz 20 meter panjang dan tiga meter lebar itu mengambil masa selama dua hari untuk disiapkan.

Menurutnya, Jalur Gemilang tersebut merupakan yang terbesar pernah dihasilkan sejak sekolah itu dibuka 20 tahun lalu.

“Murid-murid dan guru-guru bertungkus lumus menghasilkan Jalur Gemilang ini dengan membuat lakaran di atas kain putih dan kemudiannya mewarna dengan berus cat.

“Lazimnya, murid-murid akan membeli Jalur Gemilang di kedai, namun kali ini bila berpeluang menghasilkannya sendiri, semangat untuk sayangkan bendera itu dan negara mungkin agak berbeza,” katanya ketika ditemui di SK Ketengah Jaya II, di sini, semalam.

Menurutnya, program itu juga bertujuan menerapkan pelbagai nilai murni seperti semangat bekerja sama dan setia kawan dalam kalangan murid.

“Insya-Allah, tahun depan kita akan cuba hasilkan Jalur Gemilang yang bersaiz lagi besar dengan idea yang lebih menarik,” katanya.

Salah seorang murid tahun enam, Nur Sufiyya Ameena Mohd. Azri,12, berkata, dia teruja dapat bersama-sama rakan-rakan dan gurunya menyiapkan Jalur Gemilang itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN