KEMAMAN : Seorang wanita ditemukan lemas manakala tiga lagi individu termasuk seorang tekong masih hilang selepas bot yang dinaiki sembilan individu dirempuh sebuah tongkang ketika memancing ikan, di perairan Kuala Kemaman, di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi yang berlaku pada jarak sekitar tujuh batu nautika dari Kuala Kemaman itu, lima individu lagi iaitu tiga lelaki dan dua wanita berjaya menyelamatkan diri. Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, mangsa yang lemas dikenali sebagai Siti Zamimah, 29, manakala identiti sebenar mangsa-mangsa sedang dikenal pasti. Menurutnya, sebelum…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya