Vokalis Saujana, Dr Idzu terima gelaran Datuk - Utusan Malaysia

Vokalis Saujana, Dr Idzu terima gelaran Datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi nasyid kumpulan Saujana yang juga ahli perniagaan, Dr Idzu Baharin menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.

Idzu atau Khairul Idzwan Baharin berkata, anugerah itu diterima sebagai menghargai jasanya sepanjang berkecimpung dalam penyelidikan Perubatan Regeneratif.

“Saya sangat bersyukur di atas pengurniaan gelaran Datuk ini, secara tidak langsung memberi semangat untuk menjadi lebih berjaya dan menyumbang kepada negara dalam membangunkan industri perubatan regeneratif negara.

“Saya berasa lebih bertanggungjawab untuk membawa nama Malaysia supaya dikenali dalam bidang perubatan regeneratif yang mampu membantu ramai orang untuk kembali sihat dan muda.

“Saya rasa macam dilahirkan semula dan ini adalah perjuangan fasa baru yang sangat mengujakan,” katanya.

Sepanjang penyelidikan, Idzu yang juga pengasas Cell Tissue Technology Sdn Bhd menjadi syarikat berteknologi perubatan maju dan peneraju utama dalam bidang Kejuruteraan Tisu serta Perubatan Regeneratif di Malaysia

Malah, produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Cell Tissue Group merangkumi teknologi perubatan canggih yang berpusat pada Terapi Sel Stem, Imunoterapi Berasaskan Sel, serta Terapi Secretome dan Exosome.

Sepanjang 30 tahun membabitkan diri dalam dunia perubatan, keusahawanan, dan dunia seni, Idzu sudah mendapat pelbagai pengiktirafan dalam dan luar negara.

Antaranya, Pengiktirafan SOONICORN oleh MOSTI (2024), Pengiktirafan Top 30 Usahawan Techno Dreams oleh MTDC (2023).

Pengiktirafan sebagai Malaysia’s New Industrial Plan 2030 oleh MITI dan MIDA, Sumbangan Teknologi Terkini 3D Bioprinters Bernilai RM0.5 juta Kepada UKM, Penganugerahan sebagai Diplomat Malaysia Pertama oleh American Board of Regenerative Medicine (ABRM).

Selain itu, pada 2016 mendapat Pengiktirafan sebagai Malaysia’s “First Manufacturer of ‘Autologous Tissue Engineered’ Human Skin” dan “First ‘Autologous Tissue Engineered’ Human Skin” oleh The Malaysia Book of Records.

Dalam pada itu, Idzu juga masih aktif dalam bidang nyanyian apabila tercalon bersama penyanyi Siti Nordiana bagi kategori Artis Kolaborasi Popular pada Anugerah Bintang Popular ke-36 menerusi lagu Keluarga Bahagia versi rakaman semula.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya