UUM terima geran penyelidikan RM10,000 tingkat kesedaran TVET

UUM terima geran penyelidikan RM10,000 tingkat kesedaran TVET

MAJLIS menandatangani kerjasama penyelidikan antara KDEBWM dan UUM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Bagi meningkatkan kesedaran mengenai Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan KDEB Waste Management (KDEBWM) telah menandatangani Perjanjian Kerjasama Penyelidikan (RCA), di sini, Jumaat lalu.

RCA tersebut ditandatangani oleh Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohd. Foad Sakdan, manakala KDEBWM diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Ramli Mohd Tahir.

Ramli dalam ucapannya berkata, kerjasama tersebut bertujuan meninjau tahap kesedaran TVET dalam kalangan staf syarikat pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Selangor, khususnya KDEBWM.

Menurutnya, melalui kerjasama tersebut, KDEB Waste Management akan menyediakan peruntukan kewangan sebanyak RM10,000 sebagai geran penyelidikan kepada UUM dan memberi sokongan penuh sepanjang projek penyelidikan ini dijalankan selama setahun termasuk sokongan pengumpulan data, temu bual, lawatan tapak, dan lain-lain aktiviti yang berkaitan.

Katanya, perjanjian berkenaan penting kerana ia akan memfokuskan kepada TVET dan mengetahui sejauh mana pemahaman TVET dalam kalangan 700 staf.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN