Usaha rawat anak-anak Palestin perlu disokong semua pihak

Usaha rawat anak-anak Palestin perlu disokong semua pihak

MOHD. Na'im Mokhtar beramah mesra dengan peserta Larian Jawi Run di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Usaha murni Malaysia dalam membantu merawat anak-anak Palestin yang cedera diharap dapat membantu membina semula negara Palestin yang merdeka suatu hari nanti.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, usaha ini perlu disambut baik masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini.

Beliau berkata, inisiatif dilakukan kerajaan ini bukan satu-satunya usaha, sebaliknya banyak lagi inisiatif lain digerakkan Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Ini adalah usaha ikhlas oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersatu padu dan beri sokongan,” katanya ketika ditemui selepas melepaskan peserta larian Jawi Run 2.0 di Dataran Wawasan, di sini hari ini.

Justeru, katanya, beliau menasihatkan segelintir pihak supaya tidak menjadikan inisiatif ini sebagai satu isu besar.

Media semalam melaporkan Anwar kesal dan sedih atas sikap sesetengah pihak yang mengecam dan mengkritik langkah membawa rakyat Palestin yang cedera untuk dirawat di negara ini.

Perdana Menteri dilaporkan berkata, ada dalam kalangan mereka yang sanggup mencerca usaha murni berkenaan, sedangkan ia tanggungjawab kecil dilakukan atas dasar belas kasihan dan ihsan terhadap rakyat Palestin yang cedera parah akibat menjadi mangsa kezaliman Zionis Israel.

Malaysia menjadi negara pertama di Asia yang membawa pulang rakyat Palestin yang cedera untuk mendapatkan rawatan di negara ini.

Terdahulu, seramai 127 pesakit dan waris rakyat negara itu tiba dengan menaiki dua pesawat A-400M TUDM yang selamat mendarat, kira-kira pukul 2.15 petang pada Jumaat lalu.

Ketibaan mereka termasuk wanita dan kanak-kanak itu turut disambut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya