Usaha bawa rakyat Palestin sepatutnya dibuat lebih awal - Tun M

Usaha bawa rakyat Palestin ke negara ini sepatutnya dibuat lebih awal – Dr Mahathir

MAHATHIR Mohamad menerima cenderamata daripada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada program Bicara Merdeka - Masa Depan Islam dan Melayu di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong usaha kerajaan membawa rakyat Palestin untuk dirawat di negara ini, namun tindakan itu sepatutnya digerakkan lebih awal.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, sebagai orang Islam, kita sepatutnya menolong sesama saudara Islam yang ditimpa masalah.

“Pasal dia (rakyat Palestin) orang Islam. Kita orang Islam adalah bersaudara. Jadi, bila mereka menghadapi masalah, kita perlu tolong setakat yang kita mampu.

“Patut dah bawa lebih awal lagi
Ini dah lama (lambat). Dah 40,000 orang dah dibunuh oleh Israel,” katanya ketika ditemui pada program Bicara Merdeka – Masa Depan Islam dan Melayu di sini, hari ini.

Ditanya juga sama ada kerajaan perlu bawa lebih ramai lagi rakyat Palestin untuk dirawat di negara ini, Dr Mahathir berkata, kerajaan boleh membantu tetapi mengikut kemampuan.

“Kita pun tak mampu banyak (bawa lebih ramai). Kita bolehlah bawa yang teruk (cedera parah) ke sini yang boleh kita ubati,” katanya.

Pada 16 Ogos lalu, media melaporkan seramai 41 rakyat Palestin yang cedera akibat serangan Israel di Gaza, dengan diiringi 86 waris mereka selamat tiba di Pangkalan Tentera Udara (PTU) Subang.

Terbaru, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan tiada misi kedua membawa lebih ramai rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia setakat ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya