PETALING JAYA: Kelab Mahasiswa UMNO Malaysia (UMNOSiswa) menuntut tindakan lebih tegas kerajaan dengan mengharamkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang disifatkan sebagai derhaka selepas keceluparan pemimpin utamanya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengheret institusi diraja dalam ceramah politiknya. Pengerusi UMNOSiswa, Wan Muhammad Zuhir Ghazali berkata, kemurkaan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah terhadap Muhyiddin memberi bayangan serius tentang kewibawaan seorang bekas perdana menteri. Menurut beliau, Muhyiddin seharusnya menunjukkan tauladan dan rasa hormat terhadap institusi raja terutama dalam ucapan awam. Justeru, katanya, kenyataan Muhyiddin kontradik dengan laungan beliau dan parti…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya