IPOH: Selepas membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) di kawasan Orang Asli dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri, tumpuan UMNO Perak kini beralih ke Perhimpunan Agung UMNO 2024 (PAU 2024) bermula hari ini. Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kejayaan merampas Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut memberi petunjuk yang baik menuju ke pentas PAU 2024. Katanya, UMNO Perak akan menggunakan momentum kemenangan tersebut untuk memastikan parti itu kembali mendapat sokongan rakyat khususnya orang Melayu. “Paling penting sekali kita hendak kembalikan kepercayaan kepada UMNO itu sendiri. Dalam banyak perbahasan kita…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya