UMK bantu anak penoreh getah cemerlang STPM lanjut pengajian

UMK bantu anak penoreh getah cemerlang STPM lanjut pengajian

RAZLI Che Razak (dua kiri) menyerahkan surat tawaran kemasukan ke UMK kepada Harteenee Waekuechi di Kampung Dusun Nyior, Kuala Krai, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) membantu seorang pelajar yang merupakan anak penoreh getah melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda selepas memperoleh keputusan 4.0 semasa peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2023 lalu.

 

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Razli Che Razak berkata, bantuan kepada Harteenee Waekuechi, 20, bertujuan meringankan beban keluarga pelajar berkenaan untuk membayar kos pengajian di UMK.

 

“Harteenee adalah satu-satunya anak yang menjadi harapan keluarga yang boleh mengubah nasib keluarga dengan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan membantu keluarga dari kepompong kemiskinan yang membelenggu kehidupan mereka selama ini.

 

“Pemberian bantuan ini memberi harapan serta peluang kepada mereka yang tidak bernasib baik dengan menawarkan bantuan pendidikan kepada pelajar dari keluarga B40,” katanya dalam Program Penyerahan Surat Tawaran Kemasukan Kepada Pelajar Cemerlang STPM, di Kampung Dusun Nyior di sini semalam.

 

Razli memberitahu, Harteenee akan mendaftar sebagai pelajar antarabangsa bagi semester September 2024/2025.

 

Katanya, semasa kunjungan itu pihaknya telah menyampaikan taklimat dan sesi kounsultasi berkenaan pendidikan yang ditawarkan di UMK. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya