PETALING JAYA: Universiti Teknologi Mara (UiTM) bukan hanya sebuah institusi pengajian ilmu bahkan simbol perjuangan orang Melayu.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, UiTM dilahirkan demi anak-anak Melayu yang serba kekurangan dan terpinggir memerlukan sokongan untuk keluar daripada kemiskinan serta kesusahan.
Katanya, UiTM bukan sekadar sebuah institusi pengajian pinggi (IPT) malah simbol perjuangan bangsa.
“Penghinaan kelompok yang tidak suka kepada usaha-usaha untuk memperkasa anak Melayu dan bumiputera perlu dibuktikan oleh setiap graduan UiTM dengan kejayaan.
“Penghinaan ini tidak membawa makna jika graduan UiTM membukti keupayaan dan kesungguhan serta kejayaan mereka,” katanya bagi meraikan Ulang tahun ke-25 UiTM.
Beliau berkata, tanggungjawab lulusan UiTM tidak terhenti setelah mendapat ijazah atau menamatkan kursus yang diambil.
“UiTM adalah satu perjuangan maka setiap anak bangsa yang diterima sebagai pelajar perlu sedar bahawa mereka mendapat keistimewaan dan amanah.
“Tanggungjawab ini berterusan sehingga ke akhir ayat kerana setiap perbuatan memikul nama baik UiTM. Nama UiTM akan semakin harum berikutan pencapaian terbaik mereka,” katanya. – UTUSAN